neina+zaquan

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 14, 2011

ayah a.k.a pak teh

isnin:
aku dapat news mengatakan ayah kene saket apendiks.

selasa:
ayah dah mule sesak nafas..around 11.30 a.m mak aku, mak ude and cik eton pakse ayah gi hospital. ayah xnak pegi sebab ayah cakap kalo die masok hospital, die xdapat gi keje. die cakap die kene cari duit. tapi diorang sumer pakse jugak. akhirnye ayah akur. abah and abg boy anta gi hospital. on the way ke hospital, ayah semakin sesak nafas. die seakan orang nazak. abah and abg boy decide untuk stop kat klinik yang ade di area bukit pasir tu (lebih kurang separuh jalan dari rumah aku ke hospital). ayah diberi alat bantuan pernafasan. abah call mak and gitau oksigen dalam badan ayah da xbuley nak support lagi. ayah straight dibawa ke hospital menaiki ambulans. setiba di hospital, ayah dimasokkan di bahagian kecemasan zon merah. (zon yang sangat kritikal). mak teh cakap. malam tu ayah meraung2 kesakitan. Ya Allah begitu derita ayah menahan kesakitan. aku pulak terpakse ke JB untuk attending an interview. sepanjang perjalanan aku berharap ayah akan kembali pulih walaupon aku dapat berite dari mak yang ayah semakin terok. doktor nasihatkan supaya seluruh keluarga berkumpul. ayah semakin tenat. mereka sumer melihat keadaan ayah yang sedang nazak. doktor tak putus asa membantu ayah supaya dapat terus bernafas. ayah dipam ngan alat pernafasan. doktor cakap ulcer perot ayah dah pecah. seluruh perot dah bernanah. jantung and ati pon ade problem. peluang ayah tipis. walauapepon doktor terpakse wat operation. tapi doktor cakap keputusannye tetap 50-50. operation berjalan selama 3jam lebih.

rabu:
operation tamat lebih kurang pukul 1 pagi. semua ahli keluarga dan sanak saudara setia menunggu ayah. mereka semua berkampung di ICU. Alhamdulillah ayah selamat dibedah. keadaan agak stabil. tapi ayah masih tidak sedar. selepas interview aku bergegas balek kampung ngan kak long. bile tengok ayah kat dalam ICU, hati aku sebak sangat. kaki ayah pucat. badan ayah ade banyak wayar. ayah bernafas dengan alat bantuan. malam tu aku datang melawat ayah lagi. nurse tu cakap ayah buley dengar ape yang kiter cakap tapi die xbuley bagi respon. aku and mak berkomunikasi ngan ayah. tapi aku cume dapat cakap "ayah...ni neina yah...ayah ingat neina x..ayah cepat sembuh yer...ayah kene kuat..." pastu da xbuley nak cakap pape sebab air mate aku keluar macam air tejun. tersedu2. mak kuatkan semangat bercakap ngan ayah.

kames (today):
keadaan ayah masih macam tu...mak teh duduk kat belakang rumah die sambil menanges2..die cakap die sedih sangat tengok taxi ayah. (mak teh pon x berapa sihat. mak teh xpernah berenggang ngan ayah)


aku bangga menjadi anak buah ayah. yang ayah jage mase kecik2 dlu. walaupon dah tue ayah tetap gigih bekerja utk cari rezeki. walaupon sakit, ayah tetap nak keje. walaupon dalam kesusahan ayah xpernah nak susahkan orang laen. ayah xpernah mengungkit mintak balasan dari mak aku walaupon dlu die yang tanggung mak sekolah time kat melaka and die dan mak teh yang jage aku dari kecik. tapi sekarang ayah terlantar kat hospital. sedih tengok ayah dan mak teh.

Ya Allah. terlalu banyak jasa mak teh dan ayah dengan keluarga aku. Kau berilah peluang aku untuk membalas segala jasa yang tak ternilai itu. Kau berikan lah rezeki yang melimpah ruah kepada ku agar aku dapat menyenangkan hati dan membantu mak teh dan ayah. Ya Allah. janganlah Kau ambil ayah dikala aku belom sempat membalas jasa2nya.

Ya Allah. Kau ampunkanlah segala dosa2 ayah dan mak teh. Kau panjangkan lah umur mereka. Kau berikanlah kesihatan kepada mereka. Ya Allah. Kau sembuhkanlah ayah ngan segera. amiinn..

p/s:to all readers. i need your favour. pray for my uncle. i'm begging to you. please!!

No comments: