neina+zaquan

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 26, 2011

tweety bird !!

orang ade FRIENDSTER, aku pon nak ade FS. orang ade MYSPACE, aku pon nak ade MS. but both of it dah outdated. dah tak maen laa. kalo orang jawa ngomong, tu jaman biyen punye. huhu. then orang ade FACEBOOK, aku pon nak ade FB. time tu bende ni ngah x femes lagi. only the updated person jer yang ade. ceh! memang harus lah berlagak kan. bile orang2 cakap pasal FB, aku pon poyo2 cakap aku pon ade. walhal harammm tak reti guna. haha. if i'm not mistaken it was on 2008. lagipn time tu diorang ngah bizi ngan MS and FS yang ngah up gitu. then kua plak legasi TAGGED. haisy. aku? harus lah ade kan. up to date kan aku? kann. haha. aktif? kejap jer. time tu pon mereka2 ni tak tau bende alah tu. bile aku dah bosan, ( ceh! kengkonon dah up-to-date sangat lah! dah bosan time bende tu baru nak up) baru ler diorang ni cakap2 pasal TAGGED tu.

then kua puler TWITTER. tweety bird ni? pon dah berzaman aku ade. tapi baru skang reti gune. haha. bile always nak update status kat twitter jer, harus lah aku ni bercinta ngan lappy ni kan. haha. (almkalumler, orang xde iphone/BB). sekarang ni aku ngah demam twitter. haha. almaklumler, dah jadi artis. wahaha.

p/s: follow me follow u on twitter =) http://twitter.com/#!/NeinaZn

Thursday, July 14, 2011

ayah a.k.a pak teh

isnin:
aku dapat news mengatakan ayah kene saket apendiks.

selasa:
ayah dah mule sesak nafas..around 11.30 a.m mak aku, mak ude and cik eton pakse ayah gi hospital. ayah xnak pegi sebab ayah cakap kalo die masok hospital, die xdapat gi keje. die cakap die kene cari duit. tapi diorang sumer pakse jugak. akhirnye ayah akur. abah and abg boy anta gi hospital. on the way ke hospital, ayah semakin sesak nafas. die seakan orang nazak. abah and abg boy decide untuk stop kat klinik yang ade di area bukit pasir tu (lebih kurang separuh jalan dari rumah aku ke hospital). ayah diberi alat bantuan pernafasan. abah call mak and gitau oksigen dalam badan ayah da xbuley nak support lagi. ayah straight dibawa ke hospital menaiki ambulans. setiba di hospital, ayah dimasokkan di bahagian kecemasan zon merah. (zon yang sangat kritikal). mak teh cakap. malam tu ayah meraung2 kesakitan. Ya Allah begitu derita ayah menahan kesakitan. aku pulak terpakse ke JB untuk attending an interview. sepanjang perjalanan aku berharap ayah akan kembali pulih walaupon aku dapat berite dari mak yang ayah semakin terok. doktor nasihatkan supaya seluruh keluarga berkumpul. ayah semakin tenat. mereka sumer melihat keadaan ayah yang sedang nazak. doktor tak putus asa membantu ayah supaya dapat terus bernafas. ayah dipam ngan alat pernafasan. doktor cakap ulcer perot ayah dah pecah. seluruh perot dah bernanah. jantung and ati pon ade problem. peluang ayah tipis. walauapepon doktor terpakse wat operation. tapi doktor cakap keputusannye tetap 50-50. operation berjalan selama 3jam lebih.

rabu:
operation tamat lebih kurang pukul 1 pagi. semua ahli keluarga dan sanak saudara setia menunggu ayah. mereka semua berkampung di ICU. Alhamdulillah ayah selamat dibedah. keadaan agak stabil. tapi ayah masih tidak sedar. selepas interview aku bergegas balek kampung ngan kak long. bile tengok ayah kat dalam ICU, hati aku sebak sangat. kaki ayah pucat. badan ayah ade banyak wayar. ayah bernafas dengan alat bantuan. malam tu aku datang melawat ayah lagi. nurse tu cakap ayah buley dengar ape yang kiter cakap tapi die xbuley bagi respon. aku and mak berkomunikasi ngan ayah. tapi aku cume dapat cakap "ayah...ni neina yah...ayah ingat neina x..ayah cepat sembuh yer...ayah kene kuat..." pastu da xbuley nak cakap pape sebab air mate aku keluar macam air tejun. tersedu2. mak kuatkan semangat bercakap ngan ayah.

kames (today):
keadaan ayah masih macam tu...mak teh duduk kat belakang rumah die sambil menanges2..die cakap die sedih sangat tengok taxi ayah. (mak teh pon x berapa sihat. mak teh xpernah berenggang ngan ayah)


aku bangga menjadi anak buah ayah. yang ayah jage mase kecik2 dlu. walaupon dah tue ayah tetap gigih bekerja utk cari rezeki. walaupon sakit, ayah tetap nak keje. walaupon dalam kesusahan ayah xpernah nak susahkan orang laen. ayah xpernah mengungkit mintak balasan dari mak aku walaupon dlu die yang tanggung mak sekolah time kat melaka and die dan mak teh yang jage aku dari kecik. tapi sekarang ayah terlantar kat hospital. sedih tengok ayah dan mak teh.

Ya Allah. terlalu banyak jasa mak teh dan ayah dengan keluarga aku. Kau berilah peluang aku untuk membalas segala jasa yang tak ternilai itu. Kau berikan lah rezeki yang melimpah ruah kepada ku agar aku dapat menyenangkan hati dan membantu mak teh dan ayah. Ya Allah. janganlah Kau ambil ayah dikala aku belom sempat membalas jasa2nya.

Ya Allah. Kau ampunkanlah segala dosa2 ayah dan mak teh. Kau panjangkan lah umur mereka. Kau berikanlah kesihatan kepada mereka. Ya Allah. Kau sembuhkanlah ayah ngan segera. amiinn..

p/s:to all readers. i need your favour. pray for my uncle. i'm begging to you. please!!

Monday, July 11, 2011

double M: MALAYSIA or MESIR?

negara aku Malaysia. negara aku aman. negara aku berbilang bangsa. negara aku di pandang tinggi oleh negara luar. aku paling bangga menjadi warganegara MALAYSIA.

tapi lately negara aku macam dah tukar nama. starting with M. but the spelling is M.E.S.I.R. yess! apa beza Malaysia yang dulu aman dengan Mesir yang sekarang sedang bergolak??kadang2 aku belek2 i/c aku. betol ke aku kat Malaysia?

aku bukan nak berpolitik. dan tak suke berpolitik. tapi aku cuma nak sumbangkan sedikit pendapat untuk keamanan negara aku. negara aku ade rukun. yang pertama KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. setiap rakyat dalam negara aku ni even berbagai agama tapi still percaya ngan tuhan masing2.

rukun negara yang kedua KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. yang lagi lah sumer orang dah lupe. kalo diorang tak lupe, takkan lah diorang buley ingkar perintah AGUNG. hanya orang yang berakal waras saja dapat menilai sesuatu yang baek atau buruk. kalo dah sokong pada pihak yang menghina sultan, ingkar cakap sultan. so, baek ke orang tu? setia kah die pada negara? ingat yer, sultan tidak memihak kepada mana2 parti !!

yang ketiga KELUHURAN PERLEMBAGAAN. negara aku ade perlembagaan yang dah dicipta lama dulu. kenapa dulu takde orang pertikaikan tapi kenapa sekarang sumer orang nak ubah itu ini? untuk ape? kepentingan diri sendiri?

negara aku ade undang2. dalam rukun negara yang keempat yang berbunyi KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. tapi rasanye undang-undang negara aku dah tak berdaulat sebab every each rakyat dalam negara aku ni suka wat undang-undang sendiri atau lebih suka disebut sebagai ISA (Ikut Suka Aku). sapa yang diamanahkan untuk menjaga undang2 ni kalo bukan hakim, peguam, pemerintah dan tak terkecuali rakyat jelata. tapi kalo dah orang2 ini yang membelakangkan undang2, ape nasib negara aku?

yang terakhir KESOPANAN DAN KESUSILAAN. dulu memang rakyat Malaysia dikenali sebagai orang penuh adat, sopan santun. tapi kini? orang penuh kesopanan itu hanya akan dipandang hina ajer. disebabkan tidak sopan atau bahasa kasarnye KURANG AJAR lah, mereka berani melawan negara sendiri.

hanya manusia yang lupa pada rukun negara jer akan merosakkan negara sendiri. yes! sebagai rakyat kita sumer have a right untuk bersuara. but there is still have their own ways ok! beradab lah sikit. kalo korang sumer rasa nak hidup dalam negara yang huru hara, nanti aku isu kan kat Yang Di Pertuan Agung untuk terbangkan korang ke MESIR ke LIBYA ke..haa. nak x??suke kan?? kat sana baru la korang sumer tau korang tu dah cukup besar ke x untuk merosakkan Malaysia ni !!

p/s: setiap orang ade hak untuk memilih pemerintah tersendiri but please jangan sampai menghancurkan negara sendiri. tak salah kalo nak pilih kaum laen sebagai pemerintah idola korang as long as diorang tu betol2 ikhlas dan jujur memperjuangkan keamanan negara. tapi kalo memperjuangkan ngan cara memberontak, itu nak mampos nama nya!




Thursday, July 7, 2011

alone !!

ok aku memang tak pernah sampai ke TBS tu. oleh sebab aku terpakse naek bus gi KL for this time. so, aku memang akan menjejakkan kaki ler kat TBS tu. time kat pagoh memang aku konfiden giler nak ke KL. bajet da hafal ler sumer jalan. tapi sesampai jer aku kat TBS tu aku dah migrain. tetibe jer jadi bingung. haha. aku pon masok toilet and bukak LRT map. *kalo bukak map kat lua t org nampak. segan plak aku* haha. biler aku da hafal stesen yang aku nak tuju, ngan konfiden lagi aku kua dari toilet. bile da kua, xjumpe jalan nk ke stesen KTM. haha. bongek! as usual ngan muke xmalu aku tnaye ler orang. peduli hape aku asalkan xsesat. haha. da setel masalah aku kat TBS tu. aku pon da ready nak tukar train kt KL Sentral.

bile sampai KL Sentral, aku xjumpe pule platform nk ke Sentul. sudah! aku straight jadi bingung lagi. haha. terpusing2 aku kat situ. bile aku dah naek atas tanye kat guard tu, rupe2nye betol ler tempat yang aku tunggu tadi! aisey! haha. aku just tengok kat board yg tulis "perjalanan ke Batu Caves" tapi xtengok signboard yang tulis tu platform ke Sentul. adoi! seingat aku, 2 years ago aku naek KTM gi Sentul, xde pon perjalanan ke Batu Caves. haisy! diorang ni tambah2 perjalanan x update pon kat FB aku! haha.

ok. biler da naek train and Alhamdulillah aku selamat sampai. hoorraayyy!

p/s: giler x sangke aku ni berani rupe2nye. haha

dari PAGOH ke PAVILLION =p

PAVILLION !! fuhh! bile dengar jer nama shopping mall tu memang macam nak nanges ler bagi rakyat jelata menganggur cam aku ni untuk bershopping sakan kat situ kan. haha. aku ni bukan takat nanges sebab shopping jer. tapi sebab xpernah jejak juhak! giler sedey kan. haha. last tuesday aku gi KL for attending the interview kat Phileo Damansara. so, aku stay ler kat umah pak long kat Sentul. mule2 plan on wednesday tu mcm xnak kua jer. almaklumler nak save budget. haha. tapi because of too bored plus my cousins pon steady jer. aku pon menyatakan hasrat teringin nak gi Pavillion. haha. high taste kan aku padahal ngah kopak!

bermule lah perjalanan aku ke Pavillion. *excited x hengat* . aku gerak dalam pukol6.30 naek monorail dari stesen titiwangsa (yg aku asek tercakap setiawangsa) bersama kak wiwie. then kitorang turun kat stesen BB and berjalan kaki lah ke Pavillion. my cousins, chumel & sabiq have been waiting us there. mule2 masok tu peh! giler kau x excited??!! dah macam kat Singapore tetibe aku rase. dah ler along the pedestrian way to Pavillion tu aku rase macam kat arab jer. haha.

mu reaction bile masok all the boutiques there? aku tengok arge dulu then pegang baju or kasot or beg tu. kengkonon try then put it back. haha. mane tak nye. die tulis besar perkataan SALES!! 50% - 70% tapi arge die tetap macam hurm. still 100 and above. tapi dalam aku menahan nafsu nak membeli. akhirnye aku kalah juge. haha. menjadi ler hak milik aku DENIM JEANS F21 ! yehuu! =D *muke memang puas ati giler*

bile da sumer boutiques nak dimasok. kitorang pon masok ler ke butik Coach. fuhh! actually i'm not really interested with the handbags there but i really do interested with their ring, necklace and the most interested with its bangle. memang simple but very superb nice! ok they put the "CLEARANCE" board on that accessories. then i thought the price will be around puluh2 ringgit jer. tapi bile aku tanye orang tu, rupe2nye arge die RM350! haha. memang tak dapet den nak nolong. den pegang2 jela. haha.

p/s:masih dalam mood happy dapat suppin kat pavillion *giler jakun aku ni* haha